Friday, December 31, 2010

SOLAT HAJAT POLITIK









Assalamualaikum semua dan Selamat Menyambut Tahun baru 2011.Moga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua dan juga kepada Malaysia yang tercinta ini.

Aku ada cerita yang aku rasa aku boleh share bersama dengan anda semua. Semalam hari jumaat bersempena dengan kemenenangan team bola sepak kita pada Piala AFF, maka PM dah isytihar cuti seluruh Malaysia.So, aku pun amik la peluang cuti ini untuk berehat kat rumah je dan blh la aku sembahyang di masjid betul2 depan rumah aku.Bukan senang nak sembahyang di masjid di rumah ni. Bukan selalu cuti hari jumaat ni.

Di pendekkan cerita, aku pon g la awal sikit ke msjid semalam.Tapi tak la awal sangat pon heheehh..Sebelum bilal melaungkan azan pertama menandakan masuk waktu solat jumaat, pengerusi masjid tampil untuk membuat beberapa pengumuman katanya.Ada la 2-3 perkara yang dia sebut pada jemaah.

Yang membuatkan aku terkejut beruk adalah pengumuman terkahir dia mengenai SOLAT SUNAT HAJAT yang akan diadakan selepas solat Jumaat.Terus terdetik di hati aku ini mesti ada request dari mana2 jemaah yang sedang menghadapi ujian Allah.Mungkin ada yang anak sakit tenat ke, mak ayah terlantar di hospital ke, mcm2 lagi la andaian aku ketika itu.Maka aku pon bertekad untuk solata bersama nanti bagi meringankan beban saudara seIslam.

Tapi lepas dengar je pengumuman itu di buat, perasaan semangat aku tadi terus lenyap malah perasan menyampah dan meluat pulak yang datang bertandang.Pengumuman 2 berbunyi mcm ni, " PARA HADIRIN SEKALIAN, DIMINTA TUNGGU SEBENTAR SELEPAS SELESAI SOLAT JUMAATKERANA KITA AKAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT UTK err,err,err, (dia seakan2 tergagap seketika) MENYELAMATKAN KERAJAAN ISLAM NEGERI SELANGOR YANG BERKEBAJIKAN KEPADA RAKYAT DARI SEGALA MUSUH2 ISLAM!

Wow! Terkesima aku mendengar pengumuman itu.Jangan main2.Solat hajat untuk kerajaan negeri Selangor yang ISLAM LAGI BERKEBAJIKAN DARI FITNAH MUSUH2 ISLAM. Ketika itu rasa nak muntah pon ada.Ditambah lagi hujah dia ialah "KERAJAAN INI ADALAH KERAJAAN YANG SIRIUS MEMBELA RAKYAT DAN MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.JADI MENJADI KEWAJIPAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM "MENYELAMATKAN" KERAJAAN ISLAM INI.

Wah!Sekali alagi aku terkedu!Betul ke KERAJAAN ISLAM SELANGOR yang dikepalai oleh Khalid ibrahim dan di dioskong kuat oleh TAIKO Roonie Liu Underworld, pelakon bogel kelas atasan Eli bukit teLANJANg dn anak dara tua Teresa Cock adalah kerajaan Islam yang yang sedang dimusuhi oleh MUSUH2 ISLAM.Tapi masa dikeluarkan senarai TOP10 Person anti-simetic yang dibenci oleh puak Yahudi Laknatulllah hari 2, xde la plak nama2 yg di atas tersenarai sama.

Yang menjadi persoalan utama aku ialah, APAKAH FITNAH YANG DILEMPARKAN oleh MUSUH2 ISLAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR dan SIAPAKAH MUSUH2 ISLAM TERSEBUT tidak pula diperincikan. Di situ jelas nampak ketara msulihat politik jahat para AJK surau tersebut.

Dipendekkan cerita lagi, habis je solat jumaat, imam  2 tanpa berlengah lagi terus mangangkat takbir untuk memulakan solata hajat tersebut.Dengan tidak semena2 lebih separuh daripada para jemaah tadi bingkas bangun dan pulang segera tanpa mengikuti solat hajat tersebut termasuk la aku hahah.

Jika berlaku pada hari bekerja mungkin istuasi ini tidak pelik kerana majoriti jemaah terpaksa bergegas pulang ke pejabat masing2 termasuk aku.Tetapi pada hari cuti sebegitu ia amatlaj mengejutkan.Bila difikrkan balik, aku rasa para jemaah lain jugak berfikiran seperti aku yang tidak ada masa untuk BERSOLAT HAJAT POLITIK demi kepentingan SEMPIT PARTI POLITIK LAIN.

Bagi aku ini tidak lebih dari sekadar alat politik.Agama digunakan sewenang-wenangnya bagi mamuaskan nafsu masing2. Tidak pula dijelaskan dengan terang dan nyata fitnah apa yang kononnya sedang dihadapi oleh KERAJAAN ISLAM SELANGOR YANG BERKEBAJIKAN.Dan siapa pula yang membwa FITNAH itu.Ini semua cerita mengarut dan dongeng.

Bila difirkan balik, solat hajat tadi PASTI ditujukan kepada DYMM Tuanku Sultan Sharafudin Idris Shah Sultan Selangor yang amat kita sayangi dan pastinya ditujukan kepada musuh Islam pada pendapat sempit mereka iaitu UMNO.Semua ini tidak lain adalah rentetan dari kontrovesi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru iaitu Dato'Khusrin Munawi yang telah mendapat perkenan DYMM Tuanku tetapi ditentang habis-habisan oleh puak ini.

Wah senang saja mereka kan.Sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan mereka maka tunggulah BALA dr ALLAH yang akan didoakan oelh para ULARmak mereka.Tapi kalau perkara itu menguntungkan mereka, biarlah perkara keji lagi terkutuk sekali pun akan tetap mendapat RAHMAT Allah pada pandangan mereka.

Bila agama dah dilacurkan, begini lah jadinya! Jelas sikap desparado mereka yang cuba lari dari BAYANGAN KEKALAHAN PRU13 yang semakin menghampiri mereka.Tahniah juga buat lebih separuh jemaah yang bingkas bangun dan tidak bersekongkol dengan puak2 bangsat itu.Jelas mereka semakin hilang sokongan melayu/islam.Aku yang bukan rakyat Selangor ini pon menjunjung setia segala titah perintah Taunku Sultan Selangor tempat aku mencari rezeki ini selagi mana ia tidak berupa perkara maksiat. Tapi, ingatlah sesungguhnya DYMM Tuanku Sultan tidak pernah pon menuruh kita MENDERHAKA KEPADA ALLAH!

2 comments:

  1. dari zaman pas lagi dok ajaq semayang hajat untuk keburukan org lain bro..

    ReplyDelete
  2. Yg mengajak 2 aku x kisah la pasal dh sah2 ada kepentingan dn gila kuasa tp yg mengikut buta tuli 2 yg membuatkan aku x fhm..Pakaian 24 jam berserban tp ilmu agama punya la cetek...Kesian btl dgn diaorg..

    ReplyDelete