Monday, December 20, 2010

Sudah smpai masanya...HUKUMAN MATI!









Aku semakin hari semakin jelek hendak membincangkan perkara ini.Hampir saban tahun, kita pasti dikejutakn dengan kemalangan ngeri melibatkan bas ekspres yang setiap kali berlaku meragut belasan araupun puluhan nyawa.

Ketika kita masih lagi segar di ingatan kemalangan yang melibatkan Sani Ekspres yang meragut 10, dan diikuti pula kemalangan di laluan Pedas-Linggi, menjelaskan betapa budaya pemanduan di Malaysia jelas adalah berada pada standard dunia ke3.

Kita blh lihat dengan jelas sekali di lebuh raya utama di Malaysia.Jika anda yang selalu berulang alik dari Utara samda dari Kedah,Penag dan Perak, anda pasti akan mempunyai pengalaman seperti saya. Jika kita menjadi salah seorang penumpang, pastinya ada ketika kita seperti mahu mengucap panjang melihat kelibat pemandu yang lagaknya seperti stunt man di dalam filem Hollywood. Dan jika anda menjadi pengguna lebuh raya, pastinya anda seperti mahu mencarut melihat kelibat mereka yang membuatkan jalan raya seperti PEKAN COWBOY yang BAPAK DEPA punya.

Bayangkan di garisan berkemabar dan di sekolah dengan slumebr mereka memotong tanpa rasa bersalah.Jika kita hon, mula la dia mula menghimpit kita sampai rapat ke divider.Ini la sikap kurang ajar kebanyakkan pemandu bas ekspres di Malaysia..

Bayangkanlah, kapal terbang yang pada logiknya mempunya risko yang jauh lebih tinggi berbanding bas ekspres kerana sifatnya sendiri seperti namnya iaitu TERBANG. Tp sudah berapa kali kita dengar berita mengenai nahas kapal terbang?? Bukan niat saya hendak memandang rendah bas ekspres. Saya jugak lebih 7 tahun berulang alik kedah-kl menggunakan bas ekspres.

Tapi jika mengenangkan sikap dan perangai mereka yang langsung tidak pernah berubah, menyebabkan saya menjadi mual dan muak. Lepas ini akan terbuka 1 demi 1 cerita.Kononnya pemandu memandu di bawah pengaruh dadah/alkohol, pemandu mempunya puluhan saman tertunggak, pemandu tidak pernah mempunyai lesen bas dan pelbagai lagi cerita2 yang sperti sama saja skripnya cuma dibezakan oleh pelakonnya sahaja.

Persoalan di sini adalah, apakah para pemandu ini semuanya adalah terdiri daripada mereka yang mempunya sifat kamikaze yang tak takut mati.Kalau begitu kebenarannya tidak mengapalah itu hak mereka. Yang menjadi persoalan di sini di mana penguatkuasa??? Apakah sogokan wang ringgi dari syarikat pengusaha telah menutup mulu anda dan membutakan mata anda. Apakah tiada langsung sifat bertanggungjawab memgang amanah untuk menjamin keselamatan rakyat Malaysia. Apa nk tunggu anak bini anda semua mati bergelimpangan baru anda nk ambil tindakan!!!!

Lepas ini akan bersilih ganti lah pihak2 berwajib mengeluarkan pendapat bermula dari PM, Menteri, pegawai JPJ dn pelbagai lagi pakar jalan raya. Namun seua itu tidak ubah seperti angin lalu. Yang akan hilan begitu sahaja selepas 2-3 hari.

No comments:

Post a Comment