Sunday, December 5, 2010

Salam Maal Hijrah 1432











1 Muharam detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota madinah
....
Setiap kali menjelang 1 Muharam pada setiap tahun, maka akan berkumandang lah bait2 lirik di atas dimainkan di corong2 radio dan TV,menandakan bermulanya tahun baru mengikut kalender Islam.Tahun ini sudah masuk tahun 1432H..Ini bermakna Nabi s.a.w sudah lebih 1400 tahun meninggalkan kita.Kerinduan kepada Baginda pastinya mat dirasai oleh setiap yang mengaku dirinya adalah MUSLIM!

Namun begitu, berapa ramai di antara kita termasuk lah diri saya yang menulis mampu menghayati peristiwa peralihan tahun di dalam Islam.Tidak usahlah kita bercakap berapa ramai yang mengikuti upacara membaca doa akir tahun dan awal tahun di masjid, berapa ramai yang mengikuti perhimpunan Maal Hijrah yang dianjurkan di seluruh negara.Tapi cukuplah sekadar kita mampu meberi tarikh dgn tepat dan pantas mengikut kalender.

Ramai di antara kita dewasa kini hanya menanggap 1 Muharam sebagai cuti umum di MalaysIA tanpa mempedulikan apa rahsia yang tersirat di sebalik 1 Muharam.Tetapi orang Malaysia ketika ini menghitung hari mengira kedcatangan tahun baru Masihi dn berpusu2 ke bandar2 utama di Malaysia kononnya meraikan kedatangan TAHUN BARU! Tahukah mereka kalender apa yg dipakai dalam mengira TAHUN BARU??? Apakah rahsia yang terlibat di sebalik Tahun Baru??? Yang kita tahu hanya mengikut membabi buta kononnya itu adalah TREND yg melambangkan KEMAJUAN DAN KEMODENAN.

Tapi tidak ramai yang mengetahui dan menghayati bagaiman kira 1400 tahun dulu atau lebih tepat pada tahun 622M, seorang hamba Allah yang tersangat mulia di muka bumi ini, manusia yang namnya meniti di dalam doa setiap Malaikat Allah, manusia yg namanya tertulis di pintu2 syurga, manusia yang hidupnya memberi syafaat kepada seluruh alam.Manusia itu ialah Nabi Muhamad s.a.w. Manusia agaung ini bertarung nyawa bersama seoarang sahabat sejati yang tiada tolok banding kesetiaannya kepada Allah dn juga kepada sahabat beliau yg jgak Rasul utusan Allah.Manusia yang disebut sendiri di dalam sabda baginda s.a.w yg bermaksud "Jika ditimbang beratnya iman abu bakar dan iman seluruh umat di muka bumi ini, nescaya berat lagi iman abu bakar"
Begitulah hebatnya 2 watak utama dalam peristiwa Hijrah yang hari ini kita begitu mengambil mudah.Peristiwa Hijrah merakamkan ketaan dn kegigihan seorang pesuruh Allah menyebarkan Syiar Islam yang hari ini menjadi panduan kita semua.Baginda pula DIBEKALKAN oleh Allah seorang shabat sejati dunia akhirat kepada Baginda menemani Baginda mengharungi perjalan sejauh lebih 320km.Seorang sahabat yang sanggup meninggalkan kemewhan dunia yang dimilikinya demi mengikut sahabat karibnya mentaati perintah Allah s.w.t

Peristiwa Hijrah merakamkan bagaimana keagungan kasih sayang kerana Allah di antara sehabat. Di sebutkan dalam sirah, ketika dalam perjalanan, Nabi bingung melihat gelagat sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar as-sidiq yang tidak keruan dalam perjalanannya. Lalu bersabda la Nabi s.a.w " Wahai sahabatku, apakah yang terjadi kepadmu.Kenapa eangkau sekejap di depan sekejap di belakang, sekejap kekiri dn sekejap ke kanan.Maka jawab sahabat baginda yang mulia itu " Ya Rasulullah, sesungguhnya aku bimbang akan keselamatan engkau.Ketika aku berjalan di depan aku terasa bimbang kalau2 mush menyerangmu dr belakan, ketika aku di belakang aku bimbang msuh datang menyerang dari arah depan dan begitulah seterusnya.

Subhanallah Tbarokallah.Di mana kita hendak mencari sahabat sebegitu di zaman serba moden sekrang ini.Tidak hairan la Nabi s.a.w pernah bersabda " Di hari akhirat kelak, aku adalah manusia pertama yang akan masuk ke syurga dn diikuti oleh sahabatku Abu Bakar".Begitulah mulianya saidina Abu Bakar as-sidiq di sisi Allah dn RasulNya.

Ketika meneruskan perjalanan, mereka berhenti rehat seketika di suatu tempat.Ketika berehat itu, Baginda Nabi s.a.w terlau penat hingga tertidor di atas riba Abu Bakar.Saidina Abu Bakar yang berasa begitu terharu kerana wajah Nabi s.a.w yang mulia itu kini berada betul2 di atas pahanya.Tiba2, datang seeokor kala jengking datang mengigit tangan saidina abu bakar.Tanpa berniat untuk mengangu Rasulullah yang sedang tidor nyenyak kepenatan, Saidina abu bakar terus menahan kesakitan hingga menitis air matanya dan jatuh di batas pipi Rasulullah.Rasulullah terus terjaga.Melihatkan keadaan Abu Bakar, baginda terus membaca sepotong ayat al-quran dan menghembus pada luka abu bakar. Dengan izin Allah, luka abu bakar sembuh serta merta seolah2 tidak ada apa2 yang terjadi.

Begitulah serba sedikit perjalanan hijrah Nabi s.a.w yang selalu kita ulangkan bila saja menjelang tahun baru bagi menginsafkan kita betapa peritnya Rasulullah menempuh kesusahan dalam menyampaiikan Islam yang hari ini telah berkemabang dan kita di sini jgak merasa nikmat Islam dan Iman.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H.

No comments:

Post a Comment