Tuesday, January 4, 2011

Khalid Ibrahim Kena CHECK-MATE! Daulat Tuanku!


Setelah lebih seminggu Khaldi Ibrahim dan pencacai2 DAP,PAS dan PKR mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, semalam menjadi titik penamat bagi mereka apabila Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor melalui Setiausaha diRaja Dato' Munir Bani mengeluarkan 1 kenyataan yabg tidak terlalu panjang tapi cukup utk membuktikan khalid Ibrahim BERBOHONG!


Sila baca kenyataan penuh Tuanku Sultan Sharafudin di sini.

Beberapa pembohongan dan kebiadaban Khalid di jawab oleh Tuanku dengan kenyataan yang cukup jelas antaranya ialah:

1. Sultan Sharafudin menafikan dakwaan Khalid yang beliau langsung tidak mempunyai kuasa untuk menilai calon2 yang dikemukan oleh KSN melalui SPA. Baginda bertitah yang SPA melalui KSN telah mengemukakan beberapa nama calon yang difikirakan layak dan Baginda memperkenan salah seorang calon yang Baginda rasa layak iaitu Dato Hj.Khusrin Munawi.Perkenana Tuanku juga diterima oleh SPA yang kemudian telah mengutuskan surat pelantikan Dato Khusrin kepada Baginda Tuanku.

Jelas di sini dakwaan sesetengah blog pencacai yang seolah-olah cuba membayangkan yang Tuanku Sultan hanya seorang PUPET yang hanya di kawal tangan dan kakinya oleh UMNO! Ni semua tuduhan sial lagi bangsat!

2.Memang Tuanku tidak mempunyai kuasa mutlak melantik 3 jawatan rasmi perseketuan iaitu Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang2 Negeri.Tapi Tuanku telah diberikan kuasa eksekutif oleh SPA bagi MEMILIH calon yang Baginda rasa sesuai dan berkelayakan untuk dinilai oleh SPA.Dan Baginda telah pun menggunakan kuasa itu.Tidakkah ini melambangkan Semangat Raja Berperlembagaan. SPA tentunya lebih arif dalam menilai semua kakitangan awam kerana SPA adalah badan yang mengwal selia semua kakitangan awam sejak mula seseorang itu berkhidmat sehinggalah dia pencen.Tetapi mereka tetap tidak MENGENEPIKAN Tuanku dalam situasi ini.Padahal mereka2 yang menyalak ini seolah2 buat2 tak faham konsep PENGAISNAGN KUASA!

3. Peristiwa ini jugak menunjukkan dengan jelas betapa biadap dang kurang ajarnya pencacai PR ini. Mereka tahu bahwa perkhidmatan SUK lama akan berakhir pada 31/12/2010. Sepatutnya sejak bulan 8 atau 9 lagi Khalid patut berbincang dengan Tuanku dan juga SPA mengenai calon yang sesuai menggantikan SUK, namun Khalid tidak pernah mengadap Tuanku atau berbincang dengan SPA mengenai hal ini.Sebaik saja SPA mengumumkan Dato'Khusrin sebagai SUK yang baru mereka mula menyalak bermula dari media sehinggalah pemimpin mereka yang telah lupa bahawa hukum MENTAATI SULTAN YANG ADIL ADALAH WAJIB!

4.Seterusnya, timbul juga di benak saya bagaimana, pencacai PR yang kebenyakkannya terdiri dr pakar perundangan masih tidak mampu menafsirkan undang2 Tubuh Negeri Selangor 1959 yang dengan jelas menyatakan pelantikan SUK adalah tanggungjawab SPA yang kemudian mempersembahkan calon pilihan mereka untuk perkenan Tuanku.Mereka sebolehnya cuba memutar belit fakta itu sehingga akhirnya Khalid sendiri mengakui yang pelantikan Khusrin adalah SAH. Dek kerana TERMALU DEK PERBUATAN DIRI SENDIRI, maka dia cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan ius CUBA MEMANGGIL SIDANG SUN TERGEMPAR BAGI MNEGEMBALIKAN KUASA SULTAN.Hebat betul WAYANG OPERA Khalid ye!

5.Setelah melaui semua ini, dengan kehendak Allah Dato Khusrin tetap juga memasuki Pejabat Keajaan di Selangor bagi menjalankan amanah dan tanggungjawab seperti biasa. Seperti FirmanNya..Wamakaru wamakarollah Wallah huqoirul Makirin( Manusia ada perancangan dan Allah juga mempunyai perancangan..Namun Allah jualah sebaik2 perancang). Dek kerana terlalu malu dan busuk hati terhadap Dato Khusrin, Khalid sekali lagi menunjukkan kebebalan beliau.Tanpa rasa malunya Khalid mengumumkan yang "Dato'Khusrin tidak akan dibenarkan mengangkat sumpah di depan beliau dan Dato'Khusrin tidak akan dibenarkan menyertai mesyuarat Exco dan beliau dan para exco akan memboikot apa juga majlis yang melibatkan SUK.Sah! Mereka mmg busuk hati dan gila! Mereka bercakap seolah2 negara ini tiada undang2! Zol Noordin ada menceritakan panjang lebar tentang kesalahan dari segi undang2 melarang SUK menyertai mesyuarat exco sini dan penerangan oleh Penasihat Undang-undang Umno Dato'Hafarizam Haron sini

Diharap orang Melayu yang beragama Islam dapat melihat sendiri betapa liciknya penagruh DAP yang menjadikan Melayu sebagai kuda tunggangan mereka dalam menghancurkan institusi diRaja bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republic komunis.Kita lihat di negeri-negeri yang diperintah oleh Melayu seperti PAS di Kedah dan Kelantan langsung tidak terjadi isu sebodoh ini.Lihat Nik Azizi di Kelantan yang memerintah selama 20 tahun.Beliau pastinya bekerja bersama beberpa SUK,Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang dilantik oleh SPA.Namun tidak pernah pula kedengaran dakwaan Nik Aziz SUK dan Sultan berpakat bagi MERUNTUHKAN KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT! Jelas ini semua adalah taktik yang kotor lagi licik yang digunakan oleh DAP dan PKR bagi menghina Raja-raja Melayu!


Ingatlah saudara-saudaraku yang beragama Islam, mentaati Raja/Sultan yang adil adalah wajib!Wajib dalam konteks ini ialah Raja-raja yang tidak pernah menyuruh rakyat di bawah pemerintahannya melakukan maksiat kepada Allah apa tah lagi menyekutukan Allah.Maka menjadi tanggungjawab kita menghormati Baginda semua!

Teringat kata-kata SS Mufti Perak TS Harussani Zakaria "Raja yang adil adalah ibarat BAYANG-BAYANG ALLAH DI MUKA BUMI.Tempat bagi orang Islam berlindung!". Saya juga teringat kata-kata salah seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah, Dato Syeikh Zakaria Awang Besar. Beliau mengatakan jika di dalam solat berjemaah yang dihadiri oelh Tuanku Sultan maka WAJIB bagi imam yang mebacakan doa ketika memusingkan badannya dan menghadap betul-betul muka baginda.Sebaliknya jika kita berdoa pada pemimpin biasa seperti kepada Perdana Menteri atau Menteri Besar cukup lah sekadar memusingkan separuh badan kita iaitu sebelah kanan menghadap ke kiblat.

Lihatlah sebegitu tinnginya darjat Raja2 yang adil ini!

2 comments:

  1. Tuanku Sultan sememang seorang yang bijaksana dalam melayan kerenah mereka ni . Cuma orang yang tak faham selok-belok pemerintahan saja yang jadi macam tu. Pada rakyat Selangor yang sedar dan celik politik jangan gadaikan Selangor kerana marahkan UMNO. Ingat tahun 2008 UMNO difitnah dan ditohmah dengan begitu hebat oleh puah PR ni. Selangor negri yang maju dan kaya . Kekayaan sekarang telah lepas ketangan puak semborono tu. Ingat PRU 13 ni pasti kuasa ditangan UMNO. Ingat tidak pernah menginaya mana-mana orang .
    Ingat ingat ,dan ingat jangan pisang berbuah dua kali.

    ReplyDelete
  2. Mslh yg terjadi adalah bila pemerinta yg ada cuma menjadi BONEKA yg mana x ubah spt patung yg semua pergerakannya di kwal bagai robot..

    Mereka tahu kemenangan mereka dahulu pon cuma nsb semata2 dn byk disumabg olh bgsa cina maka mereka terdesak utk utk mngekalkan sokongan tersebut sehngga kemuliaan Raja2 melayu pon nk digadai..

    ReplyDelete