Saturday, December 18, 2010

Jadikan Ini 1 Permulaan..Bukan 1 Pengakhiran


"Harimau Malaya Mara", "Harimau Malaya Mengaum","Kita Bangkit" dll antara tajuk yang menghiasi tajuk- tajuk utama akhbar pada hjari ini.

Seusngguhnya kita sebgai rakyat Malaysia patut merasa "sedkit" gembira dengan kejayaan ini.Mengapa sya mengatakan sedikit??? Ramai juga kawan2 yang menyindir sinis saya mengatakan bahawa saya tidak patriotik dan merendah-rendahkan utu bola sepak Malaysia kerana mereka semua tahu saya adalah peminat no 1 Manchester United dan amat meminati Wayne Rooney..hahhahah..

Tapi saya menjelaskan kepada mereka bahawa saya bukanlah hendak merendahprendahkan martabat bola sepak negara.Saya mengakui kita dah menunjukkan sedikit peningkatan dalam tempoh 1-2 tahun ini.Kita dah mula mendaki anak tangga ranking rasmi FIFA dari tangga ke 165 kalau x salah saya hingga ke tangga ke 144 kini.Syabas saya ucapkan.Namun kita harus berdiri di bumi yang nyata.

Jika kita tinjau ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA, sila lihat di sini, yang mana di kalangan 100 negara teratas pun sudah mula di huni oleh pelabgai negara yg boleh kita anggap PELIK atau JARANG DI DENGAR tp sudah mampu menempatkan diri di kalangan 100 terbaik.Kita ambil contoh negara GABON di tangga (39), BURKINA FASO(41), BOSTWA(53), PANAMA(64) dan pelbagai lagi negara PELIK jauh mendahului kita sedangkan kita sendiri pun tidak tahu bilakah masanya negara ini berlatih bola sepak apa tah lagi bermain bola sepak, kerana diketahui negara-negara di atas adalah negara yg miskin dan dibelenggu pelbagai konflik seperti perang saudra,kemiskinan,pemerintahan kuku besi dll.

Sebenarnya saya secara peribadi ( saya tidak tahu pendapat orang lain ), tidak perlu lah liputan dan pujian melampau diberikan kepada kejayaan KECIL seperti ini. Sekali lagi ingin saya jelaskan bukan niat saya untuk merendahkan martabat bola sepak Malaysia.Saya sebagai peminat sejati bola sepak pastinya mahu melihat bola sepak maju seperti negara lain.

Cuma perjalanan kita masih jauh.Jadikanlah Kejuaraan Piala AFF Suzuki( jika kita menang) merupakan titik permulaan kebangkitan dan bukannya PENGAKHIRAAN KEJAYAAN.Ingat la kita terpaksa bermain secra FULL DEFENSIVE semalam untuk menag dan Alhamdulillah nasib menyebelahi kita.Tapi untuk maju dan pergi jauh, FULL DEFENSIVE bukanlah ramuan terbaik untuk menang. Ya, di dunia kita melihat banyak pasukan yang mengamalkan defensive play seperti pasukan Germany yang mengejutkan dunia dengan defensive mereka yang sangat berjaya sehingga mampu membenan mudah pasukan handalan dunia seperti argentina dan England, kita juga ada pasukan Italy yang sejak zaman berzaman terkenal dengan pertahan kental dan counter attack yang pantas dan tajam.

Namun perlu diingat, mereka bukanlah mengamalkan FULL-DEFENSIVE tapi mereka mengamalkan TACTICAL-DEFENSIVE, di mana pasukan yang mengamalkan tactical ini mempunyai selalunya mempunyai barisan pertahan yang kental untuk menyerap serangan, dan mempunyai flanker yang laju di kiri dan kanan untuk melakukan serangan serangan balas yag laju dan juga mempunyai seorang striker yang sangat tajam untuk menyudakan peluang di depan gol dengan hanya 1 atau 2 serangan balas yang mampu membunuh lawan.

Namun, jika dilihat pada reality bola sepak Malaysia, saya lihat tactical seperti itu belum mampu menjamin kejayaan buat pasukan kita.Saya lihat semalam di nahagian pertahanan kita mampu bertahan dengan agak baik, dan kita selalunya melakukan counter attack melalui hantaran jauh atau long ball yang selalunya jauh meliar dari mencari sasaran striker yang berada di dalam kawasan lawan.

Sesekali saya agak tertarik dengan corak permainan S.Kunalan.Beliua selalu mengamalkan larian pantas di bahagian sayap ketika kita sesekali melakukan counter attack dari sebelah sayap.Sesekali lihat seakan gaya Schwantiger, winger pasukan Germany yang kerap melakukan serangan balas pantas dari sebelah kiri/kanan dan kemudian mencari Mesut Ozil di bahagian tegah yang pantas akan melorongkan bola canti kepada Thomas Muller atau Klose di bahgian depan yg tajam menjaringkan gol.Cukup dgn 3 atau  4 sentuhan mereka sudah membunuh lawan mereka.

Namun begitu, syang sekali kita tidak mempunyai "Ozil" di bahagian tengah dan " Muller" di bahagian depan. Sebagai pasukan Asia yang mana kita sedkit ketinggalan dari segi fizikal, adalah lebih baik kita meniru gaya permainan gergasi Asia lain seperti Jepun dan Korea yang lebih banyak bermain secara total football yang menekan hantaran pendek bermula dari bwah dan bertahan dan menyerang secara berkumpulan.

Apa yang saya sebut di atas adalah pandangan peribadi dari saya yang hanya bertaraf pemain kampung amatur sahaja.Kita mampu melangkah jauh jika kita mempunya matlamay yang jelas dan program pembangunan yang rapi.Skuad sekarang sudah menampakkan sinar.Apa yang diperlukan sekrang adalah menggilap mereka dan jangan dibiarkan tenggelam di dalam lautal GLAMOR yang kita tahu mampu memusnahkan masa depan skuad bola sepak kita.

Di harap pemain kita lebih fokus pada perlawanan akhir nanti dan cuba memberi persembahan seperti mana di separuh akhir pertama di Bukit Jalil.

No comments:

Post a Comment