Sunday, April 10, 2011

MIHAS 2011: Kurangnya Penglibatan Peniaga MELAYU/ISLAM.Di Mana Silapnya???










Semalam sempat la aku berjalan-jalan ke pameran MALAYSIAN INTERNATIONAL HALAL SHOWCASE(MIHAS) 2011.Tahun lepas (2010) dan sebelumnya (2009) aku tak pernah miss untuk menjenguk ke MIHAS dan tahun ini sekali lagi aku tak nak melepaskan peluang menjenguk ke MIHAS.

Tujuan utama aku pergi ke sana selain untuk membeli belah barangan yang kebanyakkan di jual dengan harga yang sangta murah, ia juga sebagai tanda sokongan aku yang tidak berbelah bahagi usaha kerajaan untuk mengangkat martabat makanan halal supaya diiktiraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai hub-halal dunia.Bagi aku itu adalah kewajipan aku sebagai seorang Muslim dan juga warganegara yang bertanggungjawab!

Namun setelah 3 tahun berturut-turut aku menjadi pengunjung tetap ke pameran ni saban tahun, aku merasakan terdapat beberapa perkara yang selama ini menjadi objektif dan tarikan pameran ini telah hilang sedikit demi sedikit.Itu cuma pandangan peribadi aku semata.Mungkin orang lain mempunyai pandangan berbeza.

Kenapa aku berkata demikian?? Setelah 3 tahun aku menjadi pengunjung pameran ini, aku dapat melihat dengan jelas beberapa perkara yang dulu menjadi tarikan kini telah hilang.

  1. Salah satunya adalah pertukaran venue dari MATRADE di Jalan Duta ke Kuala Lumpur Convention Centre bagi aku menjadi penyumbang kepada penurunan pengunjung ke sana.
  2. Booth2 peserta yang menyertai jugak tampak berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
  3. Booth2 jualan terlalu dimonopili oleh peniaga dan syarikat milik bukan Islam.Aku tidak bermaksud perkauman atau ingin berfikiran sempit yang makanan Halal yang milk orang Islam semata-mata tetapi bagi aku hasrat kerajaan untuk mempromosi industri makanan halal dn meningkatkan ekonomi Islam/bumiputera tampak masih jauh dari mencapai matlamatnya.
  4. Sebilangan besar peserta bukan Islam yang langsung tidak menitik beratkan etika pemakain terutama sekali promoter2 mereka yang kebanykkan memakai skirt pendek amatlah menjelekkan.Ini dapat dilihat dari peserta-peserta yang terlibat mempromosi produk perbankan dan product kecantikan.Kerajaan sepatutnya lebih menitik beratkan soal etika pemakaian kerana ini adalah program yang berunsur Islamic dan kita berhak menyediakan garis panduan pemakaina supaya tidak mencemarkan,Jangan hanya menjual barangan HALAL tetapi pengunjung disajikan dengan pelbagai perkara yang HARAM.

Aku juga merasa amat sedih melihatkan penglibatan dari kaum Melayu yang beragama Islam amatlah sedikit.Sedih bila mengenangkan product HALAL sekali pon dimonopoli oleh orang buakn Islam.Jika kita meninjau dari product makanan kita masih boleh melihat penglibatan islam dan bukan Islam masih agak seimbang walaupun jelas bilangan bukan Islam agak mengatasi orang Islam.Tapi jika kita memasuki zon perabankan dan kosmetik serta perubatan, kita akan melihat betapa bilangan orang Islam yang sangat kecil seolah-olah pameran ini mereka YANG PUNYA.

Sudahlah perniagaan yang dikategorikan HARAM bagi kita oarang Islam untuk menceburi pon dimonopoli mereka, perniagaan yang HALAL dan dianajurkan oleh agama kita yang suci ini pun mereka kuasai.Kini baru la aku faham mengapa sasaran kerajaan untuk bumiputera mencapai 30% equity masih jauh dari sasaran.

Aku sendiri pon masih bingung dan tidak faham fenomena yang terjadi.Adakah kerana tiadanya bantuan kerajaan maka terjadinya situasi sebegini.Itu mungkin tidak masuk akal kerana kita sudah sedia maklum terlalu banyak bantuan yang disediakan oeleh pihak kerajaan pada orang Melayu termasuk la pameran ini yang sepatutnya menjadi platform kepada peniaga Muslim menonjolkan diri.

Adakah kerana yuran untuk menyertai program ini terlalu mahal menyebabkan syarikat Muslim kurang menyertainya atau mungkin juga kerana persepsi selama ini yang menyatakan orang Melayu/Islam hanya mampu berniaga secara kecil-kecilan dan tidak mampu bersaing di peringkat global adalah benar??? Nauzubillahhimzalik.Agama Islam tidak pernah menganjurkan kita ke arah kemunduran sebaliknya Islam menganhurkan ke arah kemajuan dan ketamadunan hinggakan Rasulullah pernah bersabda yang 9/10 sumber pendapatan adalah dari perniagaan.

Nah sekarang benarlah kata-kata Ibnu Abduh di dalam kitabnya:

"Aku pergi Barat tetapi aku melihat ISLAM di sana tetapi bila aku pergi ke TIMUR aku melihat BARAT di sana "

No comments:

Post a Comment